UAE ganda rangsangan tangani impak koronavirus

ABU DHABI, 5 APRIL – Bank Pusat Emiriah Arab Bersatu (CBUAE)berkata hari ini ia telah menggandakan pakej rangsangan kepada AS$70 bilion untuk menyokong ekonomi negeri Teluk di tengah-tengah pandemik koronavirus.

“Nilai agregat semua langkah kapital dan pencairan yang diadaptasi oleh CBUAE sejak 14 Mac 2020 telah mencecah 256 bilion dirham (AS$70 bilion),” kata bank pusat dalam satu kenyataan.

Bulan lalu, UAE kaya minyak itu mengumumkan rangsangan bernilai AS$35 bilion termasuk bantuan kepada sistem perbankan, kemudahan kepada pinjaman dan suntikan dana dalam bursa-bursa saham. – AFP