Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    UAE hentikan penggunaan plastik pakai buang

    DUBAI, 6 APRIL – Ibu kota Emiriah Arab Bersatu (UAE) hari ini mengumumkan ia akan mula menghentikan penggunaan beg plastik sekali pakai bermula Jun, langkah terkini negara itu untuk mempercepatkan matlamat bercita-cita mengurangkan karbon.

    Kenyataan daripada pejabat media yang diuruskan oleh kerajaan Abu Dhabi tidak menyatakan secara khusus bagaimana penghentian itu akan dikuatkuasakan, sama ada dengan mendenda syarikat yang mengedarkan beg plastik atau mengenakan caj bagi mereka yang menggunakannya.

    Negara itu turut berkata untuk menghentikan sama sekali penggunaan cawan, pingan, bekas makanan styrofoam menjelang 2024. Ia diikuti dengan pengumuman serupa daripada Dubai bahawa ia akan mula mengenakan caj 6 sen bagi beg plastik pada Julai, dan dengan sasaran untuk menghentikan beg pakai buang dalam masa dua tahun.

    UAE tuan rumah bagi sidang kemuncak iklim PBB, menyasarkan mencapai neutral karbon menjelang 2050 – sasaran yang masih sukar untuk dinilai. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...