UAE, Israel lancar perkhidmatan telefon langsung

DUBAI, 16 OGOS – Menteri luar negeri Israel dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) hari ini melancarkan perkhidmatan telefon langsung di antara kedua-dua negara dalam pengumuman bersama pertama mereka selepas perjanjian dicapai untuk memulihkan hubungan, kata seorang pegawai Emiriah.

Sheikh Abdullah bin Zayed Al-Nahyan dari UAE dan Gabi Ashkenzi dari Israel ‘melancarkan sau sambu-ngan telefon di antara UAE dan Israel berikutan Perjanjian Perdamaian bersejarah yang ditandatangani oleh kedua-dua negara,” kata Hend al-Otaiba, pengarah komunikasi strategik di kementerian luar UAE.

Ashkenzi juga berkata kedua-dua negara ‘memutuskan untuk menubuhkan saluran komunikasi langsung sebelum pemeteraian perjanjian pemulihan di antara kedua-dua negara dan untuk bertemu tidak lama lagi.” Perkhidmatan telefon untuk orang awam juga telah berfungsi di antara kedua-dua negara. – AFP