DUBAI, 17 Feb – Emiriah Arab Bersatu (UAE) adalah dalam kalangan tiga negara paling pesat membangun dan maju di dunia, menurut Mahmoud Mohieldin, Naib Presiden Kanan Kumpulan Bank Dunia bagi Agenda Pembangunan 2030, Perhubungan dan Kerjasama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Kejayaan UAE itu telah menjadi mungkin disebabkan visi berwawasan Naib Presiden dan Perdana Menteri dan Pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum dan Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan, Putera Mahkota Abu Dhabi dan Timbalan Komander Tertinggi Angkatan Bersenjata UAE, menurut laporan itu dalam satu kuliah yang disampaikannya pada forum budaya di luar Sidang Kemuncak Kerajaan Dunia yang diadakan pada awal minggu ini di Dubai.
Sheikh Mohammed bin Rashid dan Sheikh Mohamed bin Zayed adalah pemimpin yang tiada tandingannya kerana “mereka memiliki keupayaan dan kebijaksanaan yang boleh menukar buah fikiran dan impian menjadi projek-projek nyata,” kata Mohieldin.
Mohieldin membentangkan pandangannya mengenai UAE yang digambarkannya sebagai satu model dan penanda aras bagi negara-negara lain.
Forum budaya diadakan pada majlis Dr. Hanif Al Qasim, Pengerusi Pusat Geneva bagi Kemajuan Hak Asasi Manusia dan Dialog Global. – NNN
