UAE lancar misi ke bulan 2024

DUBAI, EMIRIAH ARAB BERSATU, 29 SEPT – Emiriah Arab Bersatu (UAE) merancang menghantar sebuah kapal angkasa lepas ke bulan pada 2024, kata pegawai kanan Emiriah hari ini, perlumbaan terbaharu oleh negara itu yang mungkin melihatnya menjadi negara keempat di Bumi yang mencapai matlamat tersebut.

Pengumuman oleh pemerintah Dubai Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, yang juga memegang peranan naib presiden dan perdana menteri UAE, menunjukkan perkembangan pesat program angkasa lepas yang menggunakan namanya.

Sebuah kapal angkasa lepas Emiriah telah pun dilancarkan ke angkasa lepas dalam perjalanan ke Marikh manakala tahun lalu ia menghantar angkasawan pertamanya ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa.

“Ia akan menjadi kapal perayau bulan buatan Emiriah yang akan mendarat di permukaan bulan pada 2024 di kawasan yang belum diterokai sebelumnya oleh misi manusia,” tulis Sheikh Mohammed di Twitter. – AP

Gambar menunjukkan Naib Presiden dan Perdana Menteri UAE dan pemerintah Dubai, pegawai Emiriah memberi taklimat kepada Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum mengenai misi bulan di Dubai kelmarin. – AP