Monday, February 6, 2023
22.7 C
Brunei

-

UAE larang penggunaan plastik

DUBAI, EMIRIAH ARAB BERSATU, 11 JAN – Emiriah Arab Bersatu (UAE) kelmarin mengumumkan larangan penggunaan beg plastik membeli-belah sekali pakai berkuat kuasa pada tahun hadapan, yang merupakan inisiatif terkini bertujuan untuk mengurangkan pencemaran di negara yang kaya dengan minyak itu.

Undang-undang tersebut akan melarang pengimportan, penghasilan dan pengedaran beg plastik bermula dari 1 Januari 2024, menurut pengumuman yang disampaikan oleh agensi berita kerajaan, WAM.

Larangan yang serupa akan dikenakan ke atas cawan, pinggan dan kutleri plastik bermula dari 1 Januari 2026.

UAE, negara pengeluar minyak utama dan tuan rumah sidang kemuncak iklim Negara-Negara Bersatu (UN) pada tahun ini, telah mengumumkan sasaran untuk mencapai neutraliti karbon menjelang tahun 2050.

Abu Dhabi, ibu kota UAE, telah mengenakan larangan ke atas penggunaan plastik sekali pakai mulai bulan Jun tahun lalu, dan bandar futuristik Dubai telah mula mengenakan bayaran sebanyak 6 sen untuk beg plastik berkenaan mulai bulan Julai tahun lalu. – AP

Gambar fail bertarikh 29 Januari 2021 menunjukkan orang ramai menikmati hujung minggu dengan pemandangan bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa, di Dubai, UAE. – AP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Bekas Menteri dijatuhi hukuman penjara 2 tahun

SEOUL, KOREA SELATAN, 3 FEB - Mahkamah Korea Selatan hari ini menjatuhkan hukuman penjara dua tahun kepada bekas Menteri Kehakiman, Cho Kuk, selepas dia...
- Advertisment -