UAE, Mesir jalin kerjasama pelaburan

ABU DHABI, 14 NOV – Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Mesir melancarkan program pelaburan bersama AS$20 bilion hari ini untuk membangunkan ‘projek ekonomi dan sosial’.

Putera Mahkota Abu Dhabi Sheikh Mohammed bin Zayed Al-Nahyan membuat pengumuman itu semasa lawatan Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi ke ibu kota Emiriah.

“Kita melancarkan platform strategik pelaburan bersama di antara UAE dan Mesir bernilai AS$20 billion untuk melaksanakan projek ekonomi dan sosial bagi kedua-dua negara,” Sheikh Mohammed berkata dalam twitter.

Beliau menambah bahawa beliau akan membincangkan dengan Sisi cara untuk mengukuhkan hubungan dan meningkatkan koordinasi.

UAE telah menjadi penyokong tegar bekas ketua tentera Sisi sejak tentera menggugurkan Presiden Islam Mohamed Morsi pada tahun 2013. UAE dan Mesir juga merupakan sebahagian daripada gabungan yang dipimpin oleh Saudi yang memutuskan hubungan dengan Qatar pada bulan Jun 2017, menuduh Qatar membiayai kumpulan ekstremis Islam dan menjalinkan hubungan dengan saingan serantau, Iran. – AFP

Abdel Fattah al-Sisi dan Putera Mahkota Sheikh Mohamed ketika menghadiri majlis sambutan di ibu kota Emiriah, di Abu Dhabi. – AFP