KAHERAH, 8 Jan – Emiriah Arab Bersatu (UAE) adalah pelabur terbesar di Mesir dengan pelaburan bernilai AS$6.2 bilion dolar dalam pelbagai sektor perkhidmatan dan pengeluaran, kata Menteri Perdagangan dan Industri Mesir dalam satu kenyataan kelmarin.
“Hubungan perdagangan antara Mesir dan UAE menyaksikan kemajuan yang ketara ketika ini,” kata Menteri Perdagangan dan Industri Mesir, Tarek Kabil dalam kenyataan itu.
Menteri itu berkata bahawa imbangan perdagangan antara kedua-dua negara menunjukkan perbezaan import dan eksport yang memihak kepada Mesir sebanyak AS$1.5 bilion dolar pada 2017, berbanding dengan AS$1.4 bilion dolar pada 2016. Kaherah berusaha untuk terus meningkatkan hubungan perdagangan dengan Abu Dhabi melalui memperluaskan bilangan syarikat Mesir yang mengeksport ke UAE dan mereka yang mengambil bahagian dalam pameran di negara Teluk, kata Kabil. Mesir telah mengalami kelembapan ekonomi sejak beberapa tahun kebelakangan ini disebabkan oleh gejolak politik dan cabaran keselamatan yang berkaitan, yang menyebabkan negara ini pada akhir 2016 untuk memulakan program pembaharuan ekonomi tiga tahun yang ketat. – Xinhua