DUBAI, 19 DIS – Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengumumkan hari ini ia tidak akan menapis tayangan filem dan memperkenalkan pemeringkatan umur 21 dan ke atas untuk filem yang diklasifikasikan untuk penonton matang.
UAE, yang terdiri daripada tujuh emiriah, dianggap salah satu negara lebih liberal di rantau Teluk, di mana filem dengan isi kandungan orang dewasa sering dipotong atau disunting. Persekutuan itu sentiasa meminda undang-undangnya dalam beberapa tahun ini, memperkenalkannya sebagai kuasa pemodenan di rantau yang agak konservatif itu. Pejabat Pengawalan Media berkata di Twitter ia telah memperkenalkan kategori umur 21+ kepada sistem pemeringkatan isi kandungan wayang gambar. – AFP