UAE peruntukan lebih AS$13 bilion dalam pelaburan UK

ABU DHABI, 16 SEPT – UAE akan melaburkan bilion dolar dalam sektor teknologi, infrastruktur dan peralihan tenaga di seluruh United Kingdom (UK), kata dana kekayaan kedaulatan Mubadala, Abu Dhabi hari ini.

Emirah Arab Bersatu (UAE) komited untuk melaburkan AS$13.6 bilion selama lima tahun, menurut kenyataan itu.

Pengumuman hari ini itu muncul semasa lawatan Putera Mahkota Abu Dhabi, Mohammed bin Zayed ke UK.

Sheikh Mohammed, pemerintah de facto UAE bertemu dengan Perdana Menteri UK, Boris Johnson, kata agensi berita rasmi WAM.

Mubadala berkata rancangan pelaburannya itu akan ‘memacu peningkatan signifikan’ dalam tiga sektor sasaran, membangun perjanjian sains kehidupan yang sedia ada.

Pada Mac, ia berkata telah komited pada perjanjian awal AS$1.1 bilion untuk sains kehidupan UK selama lima tahun.

“Pengembangan Rakan Kongsi Pelaburan Kedaulatan kami hari ini itu akan membantu mempercepatkan pendanaan dan inovasi dalam sektor-sektor penting yang membentuk sebagai asas kepada pertumbuhan ekonomi kedua-dua negara,” kata Ketua Eksekutif Mubadala, Khaldoon Al Mubarak. – AFP

Perdana Menteri Britain bersama Putera Mahkota Abu Dhabi, Mohamed bin Zayed Al Nahyan semasa memeriksa barisan kawalan kehormat di tengah London pada 16 September. – AFP