Tuesday, October 8, 2024
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    UAE putuskan tutup pejabat kedutaan di Korea Utara

    DUBAI, 13 Okt – Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pada Khamis memutuskan untuk menutup pejabat dan misi kedutaannya di Korea Utara, lapor agensi berita China Xinhua, memetik agensi berita WAM.

    Pada masa sama,misi duta besar Korea Utara di negara itu juga akan ditamatkan, menurut kenyataan Kementerian Luar UAE. Jelas kenyataan itu, tindakan berkenaan bagi “melaksanakan mekanisme eksekutif selaras dengan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu baru-baru ini” berkaitan Pyongyang dan program nuklear serta peluru berpandunya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda