Thursday, November 30, 2023
25.8 C
Brunei

    -

    UAE sedia rawat 1,000 anak Palestin yang cedera

    ISTANBUL, 2 NOV – Presiden Emiriah Arab Bersatu, Sheikh Mohamed bin Zayed Al-Nahyan pada kelmarin berkata bahawa negaranya bersedia merawat kira-kira 1,000 kanak-kanak Palestin yang cedera di hospitalnya.

    Keputusan itu diumumkan semasa perbualan telefon antara Menteri Luar UAE Abdullah bin Zayed Al-Nahyan dengan Presiden Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC), Mirjana Spoljaric, lapor Agensi Anadolu memetik Agensi Berita WAM.

    Dalam perbualan itu, kedua-dua pihak juga menekankan kepentingan penghantaran bantuan dan bekalan perubatan kepada penduduk di Gaza.

    Pada Rabu, kumpulan pertama rakyat Palestin yang cedera tiba di Mesir bagi menerima rawatan di hospital di wilayah Sinai Utara sejurus selepas pembukaan lintasan sempadan Rafah buat kali pertama dalam tempoh 25 hari sejak pertempuran sengit di Gaza.

    Tentera Israel telah melancarkan serangan udara dan darat ke atas Semenanjung Gaza hingga mengorbankan sekurang-kurangnya 8,796 rakyat Palestin, iaitu kira-kira 70 peratus daripadanya merupakan kanak-kanak dan wanita, manakala lebih 22,000 lagi cedera sejak 7 Oktober. – Bernama

    Kenzi al Madhoun berusia empat tahun yang cedera dalam pengeboman Israel terletak di Hospital Al Aqsa di Kota Deir al Balah, Semenanjung Gaza, pada kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    China gesa gencatan senjata menyeluruh segera

    BEIJING, 30 NOV - China hari ini menggesa ‘gencatan senjata kemanusiaan yang berterusan’ dalam konflik Israel-Hamas dalam kertas jawatan yang dikeluarkan oleh kementerian luarnya. "Pihak-pihak...