ABU DHABI, 11 MAC – Syarikat tenaga UAE berkata hari ini ia sedia untuk meningkatkan bekalan minyaknya sekitar satu juta tong sehari ketika harga perang bersama Rusia ‘mendidih’.
“Sejajar dengan strategi pertumbuhan kapasiti pengeluaran kami….kami dalam kedudukan untuk membekalkan pasaran dengan lebih empat juta tong sehari pada April,” kata Abu Dhabi National Oil Co. dalam satu kenyataan.
“Sebagai tambahan, kami akan mempercepatkan sasaran kapasiti pengeluaran lima juta tong sehari,” kata firma milik kerajaan itu.
Langkah Emiriah Arab Bersatu (UAE) mencerminkan yang sekutu Teluk Arab Saudi membanjiri pasaran dengan jutaan tong minyak untuk menjamin saham pasaran selepas persetujuan pengurangan pengeluaran bersama pengeluar bukan OPEC yang diketuai oleh Rusia berdepan kegagalan Jumaat lalu.
Arab Saudi mengumumkan rancangan kelmarin untuk menambah pengeluarannya sekitar 12.3 juta tong sehari, sekaligus meningkatkan bekalannya sebanyak 2.5 juta tong sehari dan meningkatkan harga perangnya bersama Rusia.
UAE pada masa ini mengepam sekitar tiga juta tong sehari namun ia mempunyai peruntukan lebih AS$132 bilion dalam pelaburan untuk meningkatkan kapasiti pengeluarannya kepada 4 juta tong sehari tahun ini dan kepada 5 juta tong sehari pada dekad akan datang.
ADNOC berkata ia juga akan menyusuli Arab Saudi dengan mengumumkan harga baharu bagi penghantaran Mac dan April. – AFP