Tuesday, September 27, 2022
22.3 C
Brunei

UAE tarik balik sekatan masuk 12 negara Afrika

-

DOHA, 27 JAN – Pihak Berkuasa Pengurusan Krisis dan Bencana Kebangsaan UAE (NCEMA) mengumumkan akan menarik balik sekatan kemasukan yang dikenakan pada November ke atas pelancong dari 12 negara Afrika berikutan kebimbangan terhadap varian Omicron mulai 29 Januari, lapor Sputnik.

“Mulai 29 Januari, kemasukan ke UAE untuk ketibaan dari Kenya, Tanzania, Ethiopia, Nigeria, Republik Congo, Republik Afrika Selatan, Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia dan Zimbabwe, dibenarkan semula,” kata NCEMA di laman sosial Twitter.

Antara syarat kemasukan dari negara-negara itu, pihak berkuasa UAE menetapkan keperluan untuk membuat ujian PCR negatif untuk COVID-19 selewat-lewatnya 48 jam sebelum ketibaan dan lulus ujian PCR lain semasa tiba di negara itu. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Nahas bot terbalik, ragut 24 jiwa

DHAKA, 25 SEPT – Sekurang-kurangnya 24 orang lemas manakala 24 lagi masih hilang selepas bot yang sarat membawa penganut Hindu terbalik di sebuah sungai...
- Advertisment -