Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    UAE tegah dron selepas serangan Huthi

    ABU DHABI, 23 JAN – Emiriah Arab Bersatu telah mengharamkan penggunaan dron selama sebulan, beberapa hari selepas pemberontak Huthi Yaman melancarkan serangan dron dan peluru berpandu maut ke atas Abu Dhabi.

    “Kementerian dalam negeri kini menghentikan semua operasi penerbangan untuk pemilik, pengamal dan peminat dron, termasuk dron dan pesawat sukan ringan,” lapor agensi berita rasmi WAM kelmarin.

    “Sesiapa yang melakukan aktiviti ini dalam tempoh itu dan mengabaikan garis panduan akan tertakluk kepada liabiliti undang-undang,” tambahnya, melaporkan larangan itu akan berlangsung selama sebulan.

    Tanpa menyebut serangan maut baru-baru ini, kementerian berkata arahan itu dibuat selepas ‘penyalahgunaan dikesan baru-baru ini’ di mana pengguna ‘menceroboh kawasan di mana jenis aktiviti ini dilarang’.

    Mereka yang perlu menerbangkan dron untuk bekerja mesti meminta pihak berkuasa untuk ‘pengecualian dan permit yang diperlukan’, tambahnya.

    Isnin lalu, pemberontak Huthi mendakwa serangan dron dan peluru berpandu telah menyasarkan kemudahan minyak dan lapangan terbang di ibu negara UAE, Abu Dhabi, membunuh tiga orang dan mencederakan enam yang lain.

    UAE adalah sebahagian daripada pakatan tentera pimpinan Arab Saudi yang menyokong kerajaan Yaman menentang Huthi yang disokong Iran.

    Huthi telah melakukan serangan rentas sempadan berulang kali terhadap Arab Saudi, tetapi serangan 17 Januari adalah yang pertama diakui oleh UAE di dalam sempadannya dan dituntut oleh pemberontak Yaman. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...