UAE tunda pelancaran ke Marikh

DUBAI, 14 JULAI – Emiriah Arab Bersatu (UAE) berkata ia merancang melancarkan kapal angkasa ‘Hope’ ke Marikh pada waktu tempatan Jumaat ini dari Pusat Angkasa Lepas Tanegashima Jepun selepas ditangguhkan dua hari disebabkan cuaca buruk di sana.

Sebuah roket dijangka berlepas pada pukul 5:43 pagi waktu tempatan yang membawa kapal angkasa lepas dalam perjalanan mengelilingi orbit Planet Merah dalam misi antara planet pertama dunia Arab.

Pelancaran ditangguhkan dari 2051 GMT hari ini disebabkan cuaca buruk di tapak pelancaran terpencil Jepun, tetapi masih dalam jadual pelancaran yang berlangsung sehingga 13 Ogos.

Projek Emiriah ialah satu daripada tiga misi perlumbaan ke Marikh, termasuk Tianwen-1 dari China dan Mars 2020 dari Amerika Syarikat, mengambil peluang ke atas tempoh apabila Bumi dan Marikh berada dalam jarak terdekat, kira-kira 55 juta kilometer di antara satu sama lain.

Kapal ‘Hope’ dijangka sampai orbit Marikh pada Februari 2021, menandakan ulang tahun ke-50 penyatuan UAE, gabungan tujuh emiriah. – AFP