Sunday, January 26, 2025
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Ubah corak permainan’ – Nabil

    MOSCOW, 24 Jun – Jurulatih Tunisia Nabil Maaloul telah mahukan perubahan dilaksanakan di negaranya supaya mereka boleh bertanding pada Piala Dunia akan datang selepas kekalahan 5-2 oleh Belgium pada kejohanan Rusia 2018.

    Bintang Liga Perdana Belgium Eden Hazard dan Romelu Lukaku masing-masing menjaringkan gol dua kali di Moscow sebelum Michy Batshuayi menambah gol kelima dalam kekalahan yang meninggalkan Tunisia di tempat paling bawah Kumpulan G dengan dua kekalahan.

    “Seperti yang dijangkakan, ia adalah satu perlawanan yang amat sukar. Sejak kami diundi dalam kumpulan ini,kami tahu Belgium akan menjadi pencabar yang sukar,” kata Maaloul, 56 tahun.

    “Kami ingin meminta maaf kepada peminat Tunisia yang datang beramai-ramai di stadium hari ini. Namun, kami melakukan yang terbaik dan kami akan berusaha untuk mempertingkatkan prestasi kami pada masa akan datang.”

    Pasukan Red Devils hampir-hampir memasuki pusingan 16 terakhir sementara Tunisia hanya mempunyai satu peluang untuk mencatat kejayaan. Dylan Bronn dan kapten Wahbi Khazri menjaringkan gol sagu hati mereka di Stadium Spartak.

    Maaloul menggaris kasar perubahan yang diperlukan dalam bola sepak Tunisia untuk membolehkan pasukan bertanding dalam perlawanan final akan datang.

    “Kami mesti mengubah gaya hidup keseluruhan kami di negara kami disebabkan ia tidak selaras dengan bola sepak peringkat tinggi,” kata beliau.

    “Saya tidak akan berputus asa, tetapi kami perlu menunggu sekurang-kurangnya dua generasi untuk mencapai prestasi dan kekuatan yang diperlukan. Saya fikir kami masih jauh daripada tahap yang diperlukan.

    “Kami memerlukan pemain yang profesional dari umur 13 atau 14 tahun untuk mempertingkat standard.”

    Setelah tewas dalam perlawanan Piala Dunia pembukaan mereka kepada England, Tunisia perlu menang di Moscow untuk menghidupkan impian mereka, yang mendorong penyerang Belgium melancarkan serangan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda