STOCKHOLM, 23 MEI – Pekempen iklim Greta Thunberg melancarkan rayuan semalam meminta perubahan dilakukan dalam pengeluaran dan penggunaan makanan ketika berdepan krisis yang mengancam dunia.
“Krisis iklim, krisis ekologi dan krisis kesihatan kesemuanya saling berkait,” kata Thunberg dalam video yang disiarkan di media sosial untuk hari biodiversiti antarabangsa.
“Jutaan telah terkorban akibat COVID-19, Zika, Ebola, SARS, MERS, HIV-AIDS,’ apabila virus menular daripada haiwan kepada manusia,” tambahnya.
“Cara kami mengusahakan penternakan dan menebang pokok di hutan serta memusnahkan habitat, kami sedang mewujudkan keadaan sesuai untuk penyakit berjangkit dari haiwan kepada manusia,” kata Thunberg. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kemungkinan besar haiwan yang menjangkiti koronavirus kepada manusia.
Zoonoses, penyakit yang telah berjangkit dari haiwan kepada manusia, membentuk sebahagian besar kesemua penyakit mudah berjangkit yang baru dikenal pasti.
“Jika kami terus menghasilkan makanan dalam cara sekarang, kami juga akan memusnahkan habitat kebanyakan tumbuhan liar dan haiwan justeru mendorong kepada kepupusan spesies,” tambah Thunberg.
“Mereka merupakan sistem sokongan kehidupan kami dan jika kami kehilangan sistem tersebut, kami juga akan lenyap bersamanya.”
“Ia tidak perlu berakhir seperti ini. Jika kami berubah kepada diet berasaskan tumbuhan, kami boleh menjimatkan pelepasan lapan bilion tan karbon dioksida setiap tahun.” – AFP



































