Wednesday, April 24, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Ubat batuk: WHO gesa pemeriksaan terperinci

    NEW YORK, 24 JAN – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) baru-baru ini menggesa pihak berkuasa menjalankan pemeriksaan lebih terperinci susulan insiden kematian kanak-kanak yang dikaitkan dengan pengambilan sirap ubat batuk yang dilaporkan sekurang-kurangnya di tujuh buah negara.

    Ubat tiruan atau ubat yang tidak memenuhi piawaian keselamatan mesti dikenal pasti dan ditarik balik daripada pasaran, lapor agensi akhbar Jerman (DPA) memetik WHO.

    Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, sekurang-kurangnya 300 anak damit di tiga negara telah meninggal dunia selepas mengambil ubat batuk yang boleh dibeli tanpa preskripsi. Ubat berkenaan dikatakan mengandungi bahan toksik seperti pelarut industri atau agen antibeku yang boleh membawa maut walaupun dalam kuantiti yang sedikit.

    Bagaimanapun, WHO tidak mendedahkan negara yang terlibat.

    Badan kesihatan dunia itu sudah pun mengeluarkan amaran mengenai insiden di Gambia, Indonesia dan Uzbekistan. – Bernama

    Menurut WHO, ubat tiruan atau ubat yang tidak memenuhi piawaian keselamatan mesti dikenal pasti dan ditarik balik daripada pasaran. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Dua gempa bumi berukuran 6 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2:26 pagi dan 2:32 pagi ini,...