Thursday, December 5, 2024
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    AstraZeneca catat keputusan positif ubat COVID-19

    LONDON, 11 OKT – Syarikat farmasi gergasi Britain pada hari ini mendedahkan hasil yang lebih positif dari percubaan rawatan untuk gejala COVID-19.

    Ubat itu, dibuat daripada campuran dua antibodi, mencapai ‘penurunan yang signifikan secara statistik pada kesan COVID-19 yang teruk atau kematian’ pada pesakit yang tidak dimasukkan ke dalam hospital yang mempunyai gejala ringan, menurut kenyataan AstraZeneca.

    Rawatan kumpulan yang dikenali sebagai AZD7442, telah menjalani ujian klinikal fasa 3 untuk menilai keselamatan dan keberkesanannya.

    “Dengan berlakunya kes jangkitan COVID-19 yang serius di seluruh dunia, terdapat keperluan penting untuk terapi baru seperti AZD7442 yang dapat digunakan untuk melindungi populasi yang terdedah dan dapat membantu mencegah perkembangan penyakit yang teruk,” kata penyiasat percubaan utama, Hugh Montgomery.

    “Keputusan yang positif ini menunjukkan bahawa dos AZD7442 intramuskular yang sesuai dapat memainkan peranan untuk membantu menentang pandemik COVID-19.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda