Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Ubat Molnupiravir selamat tiba di Brunei

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 MAC – Sebanyak 5,040 pek ubat Molnupiravir telah selamat tiba di Negara Brunei Darussalam dari Singapura.

    Ini merupakan penghantaran pertama daripada sebanyak 25,000 ribu pek ubat Molnupiravir yang telah diperoleh oleh Kementerian Kesihatan dari Syarikat Merck.

    Ubat Molnupiravir adalah sejenis ubat antiviral keluaran Syarikat Merck, Amerika Syarikat (AS) yang telah pun diberi kebenaran Emergency Use Authorisation (EUA) daripada Pihak Berkuasa Ubat-ubatan dan Makanan AS dan juga dari Pihak Berkuasa Kawalan Ubat Negara Brunei Darussalam.

    Dengan adanya ubat Molnupiravir ini, pesakit COVID yang dikategorikan berisiko tinggi akan diberikan keutamaan untuk rawatan dengan ubat ini bagi mengurangkan risiko mereka daripada mendapatkan simptom COVID yang teruk.

    Setiap pesakit perlu menjalani penilaian oleh pihak doktor bagi memastikan kesesuaian untuk menerima ubat tersebut dan setiap pek perubatan adalah bagi tempoh lima hari.

    Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, orang ramai boleh melayari laman web Kementerian Kesihatan atau menghubungi Talian Nasihat Kesihatan 148 atau melalui aplikasi Bruhealth.

    Ubat molnupravir selamat tiba di Negara Brunei Darussalam dari Singapura, semalam. – Gambar serahan Kementerian Kesihatan
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...