Friday, August 19, 2022
30.5 C
Brunei

Ubat oral COVID-19 mula dikaji

-

THE HAGUE, 25 OKT – Pemerhati perubatan EU berkata hari ini ia mula menilai semula rawatan perubatan oral COVID-19 dari firma farmaseutikal Amerika Syarikat, Merck, meningkatkan harapan bagi rawatan yang mudah diberikan untuk mengurangkan kes-kes serius dan maut.

Langkah itu yang akhirnya membawa kepada kelulusan dalam pasaran Eropah, muncul dua minggu selepas Merck memohon bagi penggunaan kecemasan dalam ubat anti-koronavirus AS.

“Jawatankuasa perubatan manusia EMA (CHMP) memulakan penilaian ke atas ubat antiviral oral, molnupiravir…dihasilkan oleh Merck Sharp & Dohme dalam usaha sama Ridgeback Biotherapeutics bagi rawatan COVID-19 ke atas orang dewasa,” kata Agensi Ubat-ubatan Eropah (EMA) dalam satu kenyataan.

Keputusan awal ‘menunjukkan ubat itu mungkin mengurangkan keupayaan SARS-CoV-2 (virus yang menyebabkan COVID-19) untuk berganda dalam badan, oleh itu ia dapat mencegah pesakit COVID-19 daripada maut atau dimasukkan ke hospital,” kata EMA yang berpangkalan di Amsterdam.

Antiviral seperti molnupiravir berfungsi dengan mengurangkan keupayaan virus untuk mereplikakan, oleh itu ia memperlahankan penyakit itu. Ia diambil secara oral.

Diberikan kepada pesakit dalam masa beberapa hari diuji positif, rawatan itu mengurangkan risiko dimasukkan ke hospital, menurut percubaan klinikal yang dijalankan oleh Merck, juga digelar MSD di luar AS.

Jika diluluskan, molnupiravir akan mewakili kejayaan besar dalam mengurangkan bentuk teruk penyakit, yang Merck katakan akan mencegah 100 peratus kematian berbanding plasebo.

Saiz sampel bagaimanapun, adalah lebih kecil dan jumlahnya mungkin belum dapat diektrapolasi.

EMA kini akan menilai sama ada molnupiravir mematuhi standard keberkesanan, keselamatan dan kualiti Eropah.

Ia akan mengambil masa berbulan-bulan antara permulaan penilaian oleh EMA dan sebarang kelulusan, namun kajian awal itu dijalankan sejurus selepas data diperolehi, yang mempercepatkan proses tersebut. – AFP

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Darurat banjir di wilayah pulau selatan New Zealand

WELLINGTON, 18 OGOS – Wilayah Pantai Barat dan Nelson-Tasman di Pulau Selatan New Zealand dilanda hujan lebat dan banjir. Darurat tempatan masih kekal di kawasan...
- Advertisment -