Friday, October 7, 2022
21.8 C
Brunei

Ubat parasetamol punca 28 kanak-kanak maut

-

BANJUL, GAMBIA, 11 SEPT – Kementerian Kesihatan Gambia telah meminta hospital supaya berhenti menggunakan ubat parasetamol selepas sekurang-kurang 28 kanak-kanak berusia lima bulan hingga empat tahun meninggal dunia akibat kerosakan buah pinggang.

“Kami mempunyai bukti klinikal menunjukkan ubat parasetamol mungkin menjadi salah satu punca kematian,” beritahu Mustapha Bittaye, pengarah perkhidmatan kesihatan, kepada AFP baru-baru ini.

“Kami sedang menasihatkan kakitangan kami mengenai ubat untuk diberikan sementara menunggu kesimpulan siasatan,” tambah pengarah. – AP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Sydney siap sedia hadapi banjir besar

SYDNEY, 6 OKT – Bandar paling ramai penduduk di Australia, Sydney, mencatatkan rekod hujan tahunan selama 70 tahun hari ini selepas satu tahun memperingati...
- Advertisment -