Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Ubaya-ubaya memotretkan dan menyiarkan gambar di media sosial

    Baru-baru ini tular beberapa gambar sekumpulan wanita yang menarik perhatian warganet sehingga mengundang komen-komen ‘nakal’. Persoalan di sini, kenapa pihak berkenaan khususnya jurugambar dan pemilik page laman media sosial kurang peka dalam menyiarkan gambar-gambar yang kurang bersesuaian untuk disiarkan sehingga tular di mana-mana yang boleh mengundang kecaman.

    Memang tidak dinafikan, sesiapa saja bebas untuk memotretkan pemandangan, orang ramai atau sebagainya namun perlukah menyiarkan tanpa memikirkan tindak balas warganet yang melihatnya. Sedangkan banyak lagi perkara yang dipotretkan untuk disiarkan bagi menujukkan kemeriahan sesuatu tempat itu.

    Meskipun gambar-gambar berkenaan sudah mendapatkan kebenaran dari tuan punya badan yang digambar untuk disiarkan namun sebagai jurugambar atau pemilik page laman media sosial sepatutnya tidak sesuka hati menyiarkan perkara yang mengundang keceman. Jika sebaliknya tanpa pengetahuan dan kebenaran orang dipotretkan bukankah boleh menjatuhkan maruah orang berkenaan sehingga membawa konotasi negatif dalam hidup mereka. Perkara menyiarkan gambar-gambar di media sosial janganlah dipandang ringan kerana sekali ia disiarkan dengan mudah ia tular di seluruh negara malah boleh keluar negara.

    Bukankah ia boleh merosakkan imej orang yang dipotretkan dan secara tidak langsung mencalarkan imej negara.

    Dalam masa yang sama, kepada mereka yang melakukan aktiviti luar perlu memikirkan pemakaian yang bersesuaian bagi mengelakkan dari kecaman dari orang ramai. Memang hak masing-masing, duit masing-masing tetapi dalam kita melakukan aktiviti perlulah berubaya-ubaya dalam pemilihan pemakaian.

    Kepada pihak jurugambar dan pemilik page laman media sosial juga perlu berubaya-ubaya dalam memotretkan dan menyiarkan gambar, jangan hanya memikirkan kualiti gambar yang ditangkap tetapi fikirkan tujuan sebenar gambar dipotretkan dan disiarkan.

    Hamba Allah

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...