Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    UBD anjur minggu orientasi

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 JAN – Universiti Brunei Darussalam (UBD) hari ini mengadakan Majlis Perasmian Minggu Orientasi UBD dan Ucapan Khas Naib Canselor secara maya.

    Majlis tersebut dihadiri oleh 356 pelajar yang terdiri daripada 172 pelajar prasiswazah, 118 Sarjana, 172 PhD dan 28 pelajar Unibridge bagi pengambilan Januari 2021/2022.

    Hadir ke majlis tersebut ialah Pemangku Naib Canselor UBD, Pengiran Dr Mohamad Iskandar bin Pengiran Haji Petra dan para jemputan khas yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan serta para ibu bapa.

    Sebelum majlis perasmian, Pre-Freshers Week telah diadakan di mana pelajar baharu dikehendaki melengkapkan pendaftaran, pembayaran yuran dan pembelian perlindungan insurans.

    Antara sesi langsung yang diadakan ialah Taklimat Biasiswa Kerajaan Brunei, Taklimat Fakulti, Pendaftaran Modul dan Peperiksaan dan sebagainya. Acara juga akan diisi dengan ceramah agama seperti Kembara Al-Quran dan Bicara Ulum.

    Antara pelajar yang melafazkan ikrar semasa Majlis Perasmian Minggu Orientasi UBD yang diadakan baru-baru ini. – Gambar serahan UBD

    Mereka juga akan diberikan Ceramah Kesedaran Gangguan Seksual yang disampaikan oleh Pemangku Ketua Unit Siasatan Penderaan Wanita dan Kanak-kanak Pasukan Polis Diraja Brunei, DSP Dayang Norkhatijah binti Haji Zainal dan Program Kesedaran HIV untuk Rakan Sebaya dan Belia (Program Gembira) anjuran ahli Majlis Mesyuarat Negara dan Yang Di-Pertua Majlis AIDS Negara Brunei Darussalam, Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad.
    Minggu orientasi akan berakhir dengan Bicara Ulum dan Doa Selamat melalui Online Live pada petang 8 Januari 2022.

    Dalam ucapan, naib canselor mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua kerana berjaya mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian di universiti tersebut.

    “Alhamdulillah juga, dengan lafaz ikrar yang diadakan, rasmilah biskita menjadi mahasiswa dan mahasiswi UBD. Ikrar tersebut hendaklah dijadikan panduan untuk mengingatkan biskita mengenai tugas sebagai mahasiswa dan mahasiswi UBD sepanjang pengajian biskita di sini dalam mengangkat nama baik universiti, mempertingkat kecemerlangan universiti dan belajar menjadi pemangkin bangsa pada masa hadapan.

    “Di UBD, kami fokus kepada perkara yang penting dalam pembelajaran sepanjang hayat sejajar dengan perkembangan dunia yang cepat berubah, dan memastikan kami sentiasa kekal relevan.

    “Alhamdulillah, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kami telah mula mene-rapkan elemen pembelajaran sepanjang hayat dalam semua modul dan program serta di Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat,” katanya.

    Beliau juga berkata bahawa dalam dunia era digital hari ini di mana orang ramai perlu terus meningkatkan kemahiran dan kemahiran semula, graduan juga perlu lebih relevan dan boleh menyesuaikan diri dan mempunyai semua kemahiran insaniah yang diperlukan untuk menonjol dan menjadi aset yang tidak ternilai kepada negara.

    Majikan bukan sahaja mencari calon yang mempunyai kemahiran komunikasi dan kepimpinan yang cemerlang, pemikiran kritis dan penaakulan, analisis kuantitatif, tetapi juga graduan yang boleh menunjukkan kemahiran dan kebolehan dalam inovasi dan keusahawanan, tambah beliau.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...