Thursday, April 18, 2024
34.4 C
Brunei

    -

    UBD anjur pameran kerjaya minggu depan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 JUN – Universiti Brunei Darussalam (UBD) akan menganjurkan Pameran Kerjaya UBD 2022 yang akan berlangsung tiga hari bermula dari 16 Jun hingga 18 Jun ini.

    Pameran Kerjaya UBD menyediakan platform kepada kumpulan sasaran di kalangan pelajar UBD, alumni dan orang ramai untuk melibatkan diri dengan bakal majikan mereka. Antara aktiviti tersebut ialah temu duga berjadual dan sesi semakan CV serta khidmat nasihat kerjaya.

    Acara tahunan ini dianjurkan Centre of Networking, Employment, and Career Training UBD (UBD CoNECT), dengan sokongan Office of Alumni Relations and Advancement (OARA).

    Pameran bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama antara UBD dan rakan industrinya dalam meningkatkan kebolehpasaran pelajar dan graduannya sambil merapatkan jurang jangkaan industri dengan bakal graduan UBD yang sedia ada.

    Pelbagai industri dijangka menyertai pameran itu, daripada institusi pendidikan, makanan dan minuman, komunikasi, kesihatan dan beberapa agensi kerajaan, yang akan menawarkan pelbagai peluang pekerjaan dan temu duga secara langsung untuk mengisi kekosongan sepenuh masa dan sambilan serta penempatan amali.

    Sementara itu, aktiviti pra-acara yang terdiri daripada ceramah kerjaya dan bengkel kerjaya menampilkan pakar industri juga akan diadakan pada 9 Jun dan dibuka kepada orang ramai.

    Aktiviti-aktiviti ini akan memberi peluang kepada pelajar, alumni dan pencari kerja untuk memperoleh pengetahuan untuk memenuhi keperluan yang amat penting dalam majoriti kerjaya hari ini, seperti CV dan penulisan surat lamaran, serta kemahiran temu duga, komunikasi dan pembentangan. Untuk mendaftar, orang ramai bolehlah melayari https://bio.link/ubdconect

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...