Wednesday, December 4, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    UBD, Goethe anjur Seminar Penyelidikan Mengenai Melayu

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Feb – Akademi Pengajian Brunei (APB) dan Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FASS), Universiti Brunei Darussalam (UBD) dengan kerjasama Jabatan Pengajian Asia Tenggara, Universiti Goethe, Jerman akan mengadakan Seminar Penyelidikan Mengenai Melayu (SAPEMM) kali ke-2 pada 28 hingga 30 Mac 2018.

    SAPEMM yang akan diadakan di Dewan Kuliah ILIA, UBD itu akan mengetengahkan objektif, yang antara lainnya untuk mendedahkan dan memperkenalkan penyelidikan dan kajian terkini mengenai Melayu, menurut kenyataan yang diterima hari ini.

    Tambah kenyataan itu lagi, lebih 30 buah kertas kerja akan diketengahkan semasa seminar tersebut yang dibentangkan oleh para pembentang luar negara.

    Sehubungan dengan itu, bagi individu dan pihak yang berminat untuk menyertai seminar ini bolehlah menghubungi Sekretariat SAPEMM 2018.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda