Tuesday, April 23, 2024
35.6 C
Brunei

    -

    UBD iktiraf kecemerlangan kakitangan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 JUN – Sebagai penghargaan terhadap pencapaian cemerlang stafnya, Universiti Brunei Darussalam (UBD) telah mengadakan Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Staf UBD 2023 yang berlangsung di Dewan An-Naura, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan), baru-baru ini.

    Majlis berkenaan mengiktiraf pencapaian cemerlang penerima anugerah dalam pengajaran dan pembelajaran, kepimpinan dan pentadbiran universiti, sekali gus menyumbang ke arah usaha berterusan universiti untuk pendidikan dan kecemerlangan penyelidikan.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Naib Canselor UBD, Dr Hazri bin Haji Kifle.

    Pemangku Penolong Naib Canselor (Korporat dan Pentadbiran) UBD, Pengiran Dr Mohd Iskandar bin Pengiran Haji Petra dalam ucapan alu-aluannya berkata bahawa objektif utama anugerah berkenaan adalah untuk mengiktiraf dan menghargai pencapaian luar biasa kakitangan mereka yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam peranan dan tanggungjawab masing-masing.

    Beliau turut mengingatkan mereka yang hadir supaya memahami kepentingan melayan orang lain dengan penuh hormat, baik hati, dan empati dengan harapan nilai-nilai ini bukan sahaja tercermin dalam tindakan penerima anugerah tetapi juga menjadi sebati dalam pemikiran kolektif seluruh warga universiti.

    Anugerah telah disampaikan kepada kakitangan UBD dalam pelbagai kategori iaitu Anugerah Kecemerlangan Kepimpinan yang diberikan kepada Profesor Madya Dr Debbie Guan Eng Ho, Anugerah Kecemerlangan Perguruan (Sains) kepada Dr Haji Muhammad Haziq bin Haji Muhammad Jamil dan Anugerah Kecemerlangan Pengajaran (Sains Kesihatan) kepada Dr Deeni Rudita binti Idris.

    Dr Hazri bergambar ramai bersama para penerima anugerah ke-cemerlangan. – Gambar serahan UBD

    Sementara itu, Anugerah Kecemerlangan Penyelidikan untuk Akademik Kerjaya Kanan (Sains) diserahkan kepada Profesor Madya Dr Minhaz Uddin Ahmed dan Anugerah Kecemerlangan Penyelidikan untuk Akademik Kanan Kerjaya (Sastera) pula diberikan kepada Profesor Madya Dr AKM Ahsan Ullah.

    Anugerah Kecemerlangan Penyelidikan untuk Akademik Kerjaya Awal pula disandang oleh Dr Mohammad Hadi Hazwan bin Dato Paduka Haji Haini dan Anugerah Kecemerlangan Pentadbiran Pengurus dan Profesional diterima oleh Awang Muhammad Khairul Anwar Haji Shahari.

    Anugerah Kecemerlangan Pentadbiran bagi Kakitangan Sokongan Pentadbiran Bahagian 4 pula diberikan kepada Pengiran Noraini binti Pengiran Chuchu dan Anugerah Kecemerlangan Pentadbiran Kakitangan Sokongan Pentadbiran Bahagian 5 kepada Dayang Suzi Katharine binti Ali Hassan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...