Tuesday, December 5, 2023
23.1 C
Brunei

    -

    UBD jalin kerjasama dengan FPTU

    Oleh Pg Fairol RMF

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Julai – Universiti Brunei Darussalam (UBD) telah menandatangani perjanjian dengan FPT University (FPTU) untuk bekerjasama dalam pengajaran Bahasa Inggeris di Pusat Global UBD-FPT di Da Nang.

    Majlis penandatanganan perjanjian berkenaan telah diadakan di Pusat Global UBD-FPT, Bangunan Massda, Da Nang, Vietnam, hari ini, di mana menandatangani bagi pihak UBD ialah Naib Canselor, Datin Dr. Dayang Hajah Anita Binurul binti Pehin Orang Kaya Laila Wijaya Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Aziz dan FPTU di wakili presidennya, Dr. Le Truong Tung.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini, salah satu objektif Pusat Global UBD-FPT adalah untuk menjadi pusat latihan Bahasa Inggeris terkemuka di ASEAn dan penubuhan pusat berkenaan juga membantu bandar baru berkenaan dalam matlamatnya untuk berubah menjadi bandar dengan penutur Bahasa Inggeris pertama di Vietnam.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Belarus, China terus tingkat hubungan

    BEIJING, 4 DIS – Presiden China, Xi Jinping, dan Alexander Lukashenko mengalu-alukan peningkatan hubungan hari ini, setelah mereka mengadakan perbincangan semasa lawatan kedua pemimpin...