UBD terima sumbangan buku koleksi lukisan China

Gambar serahan UBD

Pengerusi Zhejiang Hengyi Group Co. Ltd., Hengyi Industries Sdn Bhd dan ahli Lembaga Pengarah China Zhejiang University, Qiu Jianlian (tengah) dan Naib Canselor Universiti Brunei Darussalam, Dr Hajah Anita Binurul Zahrina binti Pehin Orang Kaya Laila Wijaya Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Aziz (kanan) mendengar penjelasan semasa majlis penyampaian sumbangan buku mengenai koleksi lukisan China kepada UBD, kelmarin.

Menurut kenyataan yang diberikan, sumbangan buku berkenaan adalah sebagai sebahagian daripada projek kebudayaan kebangsaan berskala besar yang mana koleksi lukisan dikumpulkan dan diterbitkan bersama oleh Zhejiang University dan Zhejiang Provincial Administration of Cultural Heritage.