Friday, August 12, 2022
26.5 C
Brunei

Uber Eats umum keluar dari HK

-

HONG KONG, 30 NOV – Platform penghantaran makanan dalam talian, Uber Eats mengumumkan hari ini ia akan menghentikan operasinya di Hong Kong pada penghujung 2021, menamatkan persaingan selama lima tahun untuk menembusi pasaran penghantaran makanan yang kompetitif.

Uber mengumumkan ‘keputusan sukar’ itu melalui kenyataan dalam talian, namun tidak memberikan sebab mengapa ia menghentikan operasi mereka.

Dilancarkan pada 2016, Uber Eats memulakan operasi mereka lebih lewat dalam sektor penghantaran makanan di Hong Kong di belakang Foodpanda dan Deliveroo dan sejak itu menjadi dua syarikat paling dominan.

Menurut data platform Measurable AI, Uber Eats hanya memegang lima peratus saham pasaran berbanding 44 peratus dimiliki Deliveroo dan 51 peratus oleh Foodpanda.

Hong Kong merupakan bandar antarabangsa pertama di mana Uber membangunkan kedai perniagaan ketika ia mengembangkan operasi di luar Amerika Syarikat. Di bandar yang terkenal kurang menerima pemandu teksi yang enggan menerima pelanggan dan hanya menerima wang tunai, aplikasi itu menjadi kejayaan besar bagi kebanyakan warga Hong Kong.

Pada 2018, sekumpulan 24 pemandu Uber didapati bersalah dan dikenakan denda kerana membawa penumpang tanpa permit kenderaan dan rayuan mereka ditolak dua tahun kemudian.

Uber terus beroperasi dan pihak berkuasa polis secara berkala mengenakan tindakan keras.

Platform tersebut mula merangkumi teksi dan pada awal tahun ini ia membeli aplikasi tempatan, HK Taxi, langkah yang diharapkan oleh mereka akan mengesahkan operasi mereka.

Semasa ulang tahun penubuhan ketujuh di Hong Kong bulan lalu, Uber berkata ia telah mendaftarkan 216,000 pemandu di bandar tersebut yang mana ia mewakili lebih 25 peratus daripada perniagaan globalnya. – AFP

Uber Eats mengumumkan akan menghentikan operasinya di Hong Kong pada penghujung 2021 namun tidak memberikan sebab mengapa ia menghentikan operasi mereka.- AP
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

DXY disekat kritik rawatan herba COVID

BEIJING, 11 OGOS – Sebuah laman web perubatan China yang popular telah ditapis oleh pihak berkuasa kerana 'melanggar undang-undang dan peraturan yang berkaitan', beberapa...
- Advertisment -