Uber menang rayuan operasi di London

LONDON, 28 SEPT – Syarikat khidmat pengangkutan menerusi aplikasi telefon pintar iaitu Uber hari ini telah menang rayuannya untuk beroperasi di London setelah hakim memutuskan bahawa ia adalah syarikat yang ‘sesuai dan tepat’ meskipun bimbang dengan keselamatan.

Syarikat berpangkalan di AS itu berjaya menewaskan keengganan Transport for London’s (TfL) tahun lalu untuk memperbaharui lesen operasinya atas dasar keselamatan.

Uber – yang mempunyai 3.5 juta pelanggan dan 45,000 pemandu di bandar Britain – dibenarkan untuk terus beroperasi semasa proses rayuan.

“Meskipun sejarah kegagalan mereka, saya mendapati mereka, kini, menjadi orang yang layak dan sesuai untuk memegang lesen pengendali kenderaan sewaan peribadi (PHV),” kata timbalan ketua majistret, Tan Ikram.

Bagaimanapun hakim belum menetapkan syarat dan tempoh lesen tersebut.

TfL pada November tahun lalu mempertikaikan bahawa adanya ‘corak kegagalan’ termasuk penggunaan pemandu tanpa kebenaran.

Ikram hari ini berkata syarikat itu kelihatanya telah menangani masalah-masalah tersebut.

Dia menyedari yang Uber telah meningkatkan proses kajiannya yang berkaitan dengan isu dokumen dan penipuan insurans. – AFP

Gambar fail bertarikh 22 September menunjukkan seorang wanita memegang telefon pintar yang menunjukkan aplikasi Uber di London. – AFP