SAN FRANCISCO, 9 Jan – Uber memberi bantuan kepada beberapa pemimpin bandar San Francisco yang kadangkala marah dengan cara agresif ia menjalankan perkhidmatan popularnya.
Bantuan itu akan dalam bentuk laman sesawang percuma dipanggil ‘Movement’, dijangka disediakan kepada orang ramai pada pertengahan Februari. Uber mengumumkan laman sesawang barunya semalam, sebelum persidangan perancangan pengangkutan di Washington.
Meskipun sesiapa pun boleh menggunakan laman sesawang itu, Uber berkata ia percaya pengikut setianya ialah para pegawai bandar yang menangani kesesakan di jalan-jalan raya mereka dan sistem transit mereka.
Laman sesawang itu menggunakan data yang diperolehi Uber dari perkhidmatannya yang menunjukkan tahap purata masa perjalanan dan laluan khusus pada mana-mana hari atau masa.

Syarikat San Francisco percaya maklumat itu akan membolehkan para pegawai bandar untuk membuat keputusan perancangan lebih baik tentang penutupan jalan raya dan peningkatan pengangkutan.
Laman itu tidak akan menyeluruh kerana Uber mengakui perkhidmatannya tidak cukup memberikan perkhidmatan di beberapa laluan untuk memberikan anggaran yang boleh dipercayai tentang masa perjalanan biasa.
Tetapi ia masih yakin perkhidmatannya akan menjadi alat popular bagi para perancang bandar yang pada masa ini terpaksa membayar bagi data serupa dari pelbagai penyedia perkhidmatan. – AP