Uber sambung perkhidmatan di AS

SAN FRANCISCO, 17 NOV – Syarikat perkongsian pengangkutan gergasi, Uber menyambung semula perkhidmatannya di Amerika Syarikat (AS), menurut pengumuman ketua eksekutifnya kelmarin, menawarkan pelanggan di Miami perkhidmatan yang digantungkan tahun lalu disebabkan pandemik COVID-19.

Pilihan UberX Share – sebelum ini dikenali sebagai Uber Pool – membolehkan orang ramai untuk berkongsi pengangkutan bersama orang lain pada kadar kos yang dikurangkan dan dibangunkan sebagai langkah berjaga-jaga menentang penularan pandemik koronavirus.

“Selepas 609 hari kemudian, berkongsi pengangkutan kembali di AS,” umum Andrew Macdonald, timbalan presiden Uber bagi Operasi Mobiliti dan Perniagaan, menerusi Twitter.

Dengan sentiasa memikirkan mengenai COVID-19, pemandu perkhidmatan hanya dibenarkan untuk membawa dua pelanggan pada satu-satu masa dan diwajibkan untuk memakai pelitup muka bagi sesiapa yang berada dalam kenderaan.

“Kami semua memainkan peranan dalam membantu semua orang merasa selamat. Oleh itu, pemandu dimestikan untuk memakai pelitup muka, meski-pun sudah divaksin,” menurut syarikat tersebut mengenai garis panduan perkhidmatan.

Di beberapa buah kawasan, berdasarkan garis panduan tempatan, pelanggan ‘akan diminta mengambil swafoto untuk mengesahkan bahawa mereka memakai pelitup muka’ apabila ingin mendapatkan perkhidmatan.

Perniagaan perkongsian pengangkutan Uber terbantut ekoran pandemik ketika pemandu diminta untuk kekal berada di rumah, namun permintaan kembali meningkat tahun ini dengan lebih pantas berbanding jumlah pemandu, menyebabkan peningkatan harga dan waktu menunggu lebih lama bagi pelanggan.

Syarikat tersebut membuat pelaburan dalam pengiklanan awal tahun ini bagi menarik pemandu kembali bekerja untuk meredakan situasi. – AFP

Uber menyambung semula perkhidmatannya di AS selepas operasi digantung tahun lalu disebabkan pandemik COVID-19. – AFP