Uber senarai teksi NYC dalam aplikasi

NEW YORK, 25 MAC – Uber, yang dilanda kekurangan pemandu dan lonjakan permintaan penghantaran makanan semasa pandemik, akan menyenaraikan teksi-teksi bandar New York pada aplikasinya, perkongsian yang sehingga baru-baru ini tidak dapat difikirkan dengan kedua-dua pihak berjuang dengan sengit untuk pelanggan yang sama.

Selepas tempoh menunggu untuk menaiki Uber bertambah lama disebabkan oleh kekurangan pemandu, perkongsian itu akan meningkatkan bilangan perkhidmatan kereta yang tersedia, dan ia memberikan pemandu teksi NYC akses kepada kumpulan penumpang yang besar dengan aplikasi Uber pada telefon mereka.

Terdapat tanda-tanda ketegangan antara Uber dan perkhidmatan teksi telah mula reda apabila Uber berkembang secara agresif ke dalam perniagaan penghantaran makanan yang sangat menguntungkan dan memerlukan bekalan pemandu penghantaran yang semakin meningkat.

Semasa pandemik, penghantaran makanan Uber lebih tinggi berbanding perkhidmatan perjalanan apabila berjuta-juta orang terpaksa kekal di rumah.

Tempahan kasar untuk perkhid-matan penghantaran di Uber mencecah AS$13.4 bilion pada suku akhir 2021, berbanding AS$11.3 bilion dalam tempahan kasar untuk perjalanan Uber.

Perjanjian yang diumumkan kelmarin itu dibuat di tengah-tengah lebih banyak bandar yang bergerak untuk mengawal selia pertumbuhan pesat Uber dan perkhidmatan pengangkutan berasaskan aplikasi lain, termasuk bandar New York, yang meletakkan had sementara pada lesen baharu untuk perkhidmatan pengangkutan pada 2018.

Bandar New York ialah pasaran Amerika terbesar untuk Uber. – AP

Uber telah mencapai perjanjian untuk memasukkan teksi-teksi Bandar New York pada aplikasinya kelmarin. – AP