Uber tarik pelaburan berbilion dolar – Laporan

SAN FRANCISCO, 14 Mac – Sekumpulan pelabur termasuk Kumpulan SoftBank sedang berunding untuk melabur AS$1 bilion atau lebih dalam unit kereta pandu sendiri Uber, lapor The Wall Street semalam.

Khabar berita tentang suntikan wang tunai yang menilai divisyen kenderaan automatik Uber pada AS$5 bilion hingga AS$10 bilion keluar tatkala firma baru perkhidmatan teksi itu bersedia untuk disenaraikan di pasaran saham.

Di bawah syarat-syarat yang sedang dibincangkan, Dana Wawasan SoftBank dan pelabur lain, termasuk pengeluar kereta, akan mengambil saham minority dalam unit kenderaan pandu sendiri Uber, menurut Jurnal.

Dipimpin oleh Masayoshi Son, Jepun, Dana Wawasan kebanyakannya dilabur oleh Arab Saudi. Jurnal menyifatkan rundingan “peringkat akhir” sebagai lemah, dengan kemungkinan satu perjanjian tidak akan dicapai.

Uber telah bersaing dengan Waymo milik Google dan pelbagai syarikat lain, termasuk pengeluar kereta utama, untuk menghasilkan kenderaan pandu sendiri.

Waymo berkata pada bulan ini bahawa ia akan menjual satu inovasi utama kepada syarikat yang tidak bersaing dengan kereta automatik.

Unit syarikat induk Google Alphabet yang berpangkalan di California akan menawarkan sensor lidarnya, yang mengukur jarak dengan denyutan cahaya laser kepada syarikat dalam robotik, keselamatan, teknologi pertanian dan sektor lain.

Tindakan itu mungkin menawarkan aliran pendapatan baru untuk Waymo tatkala ia melabur dalam membawa “teksi robo” dalam pasaran, sekali gus memperluas tawaran sensor lidar 3D yang dihasilnya sejak 2011.

Uber bercita-cita melanjutkan tawaran produk di luar perkhidmatan teksi untuk menjadi “pengangkutan Amazon” pada masa depan di mana orang berkongsi, dan bukannya memiliki kenderaan.

Jika segalanya berjalan seperti yang dirancang, pengguna boleh menggunakan e-skuter ke stesen transit, mengambil kereta api, seterusnya menaiki e-basikal, berkongsi perjalanan atau mengambil e-skuter di stesen untuk melengkapkan satu perjalanan – semuanya menggunakan aplikasi Uber dalam telefon pintar. – AFP