Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Ubogagu digantung sembilan bulan

    LONDON, 20 MEI – Penyerang wanita England, Chioma Ubogagu telah dikenakan penggantungan selama sembilan bulan kerana dua pelanggaran anti-doping, menurut pengumuman Persatuan Bola Sepak kelmarin.

    Penyerang Tottenham Hotspur berusia 29 tahun itu mengakui dia telah melanggar peraturan berkaitan memiliki dan menggunakan bahan terlarang canrenone serta agen pelekat yang dikesan dalam sampel air kencing beliau yang diambil pada Oktober lalu.

    Suruhanjaya kawal selia bebas yang mengenakan penggantungan itu, yang berkuatkuasa hingga Oktober tahun ini, bersetuju bahawa Ubogagu telah melakukan pelanggaran itu secara tidak sengaja.

    Tottenham berkata bahan terlarang itu adalah dalam ubat yang diambil Ubogagu di Amerika Syarikat untuk merawat jerawat dan dia tidak mengetahui ia adalah bahan larangan.

    Ubogagu berkata adalah tanggungjawabnya untuk mengetahui tentang ubat yang diambil, sambil menambah dia kini berharap untuk mendidik atlet lain untuk mengelakkan daripada berdepan situasi yang sama.

    Tottenham, yang menandatangani bekas pemain Arsenal dan Real Madrid, Ubogagu tahun lalu, berkata isu itu telah terbongkar pada November lalu.

    “Chioma meminta preskripsi tambahan daripada doktor kelab yang memaklumkan kepada badan-badan yang berkaitan iaitu FA dan UK Anti-Doping (UKAD), berhubung penggunaan bahan terlarang,” kata kenyataan Spurs.

    Tottenham turut menambah bahawa Chioma tidak dapat dipilih untuk bermain sejak penggantungan sementara yang dikenakan pada Januari lalu. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...