Tuesday, April 29, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    UBS didakwa di Perancis terlibat penipuan cukai

    PARIS, 20 Mac – Syarikat perbankan Switzerland, UBS akan menjalani perbicaraan di Perancis atas penubuhan skim penipuan cukai besar-besaran, menurut sumber perundangan memberitahu AFP hari ini.

    UBS akan didakwa dengan amalan perbankan tidak sah dan menyembunyikan penipuan cukai, menurut sumber, menambah bahawa subsidiari UBS Perancis juga akan menjalani perbicaraan atas persubahatan.

    Lima pengurus tertinggi UBS juga akan berdepan perbicaraan, termasuk Raoul Weil, bekas yang ketiga tertinggi di UBS.

    Perancis membuka kertas siasatan ke atas UBS selepas bekas kakitangannya mendedahkan tentang sistem bank yang dipercayai mewujudkan dua akaun untuk menyembunyikan pergerakan kapital dalam Switzerland antara 2004 dan 2012.

    Kakitangan bank didakwa mendekati klien Perancis, dari ahli perniagaan kaya hingga kepada bintang sukan, semasa resepsi, perlawanan golf atau konsert untuk meyakinkan mereka bagi menyembunyikan wang mereka di Switzerland. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda