Tuesday, October 8, 2024
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    UCA harap MASwings guna pesawat lebih besar untuk Sibu-Kuching

    SIBU, 1 Feb – United Chinese Association (UCA) Bahagian Sibu berharap syarikat penerbangan MASWings Sdn Bhd menggunakan pesawat lebih besar untuk perkhidmatan antara Sibu dan Kuching.

    Presidennya Kong Hian Khim berkata, pesawat digunakan anak syarikat milik penuh Malaysia Airlines Berhad itu ketika ini, pesawat ATR 72-500 dengan 64 tempat duduk tidak mencukupi untuk keperluan penduduk.

    Selain itu MASWwings juga perlu menambah kekerapan perkhidmatan bagi laluan itu berikutan perkhidmatan udara yang terhad, katanya ketika berucap pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina UCA Bahagian Sibu di sini, malam tadi.

    Beliau berkata perkhidmatan udara yang baik mampu menarik lebih ramai pelancong ke Sibu, lebih-lebih lagi bersempena Tahun Melawat Sibu 2017.

    Turut hadir pada majlis itu ialah Yang Dipertua Negeri Sarawak TuAbdul Taib Mahmud dan isteri Toh Puan Ragad Kurdi, Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedunegeri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan dan Menteri Kewangan Kedua negeri Datuk Sri Wong Soon Koh. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda