Muat naik terkini pelakon bollywood kesayangan ramai, Preity Zinta menarik perhatian ramai peminat aktres ini di media sosialnya. Preity memuatnaik foto perkahwinannya bersama suami tercinta Gene Goodenough berserta kapsyen ringkas penuh makna.
Bintang filem Kal Ho Na Ho ini memberi ucapan ringkas dan penuh rasa cinta untuk suaminya di media sosial, sempena meraikan ulang tahun perkahwinan mereka berdua.
“Selamat Ulang Tahun Perkahwinan sayangku, saya cintakan awak. Terima kasih banyak kerana menyayangi saya dan membuatkan saya ketawa sepanjang masa. Awak adalah kawan baik saya dan insan yang saya percaya dan saya sayangkan awak lebih setiap hari.
“Dari teman lelaki – teman wanita kepada suami – isteri dan sekarang mak – ayah, saya sayang setiap fasa baharu dalam hidup saya bersama awak. Di sini untuk banyak lagi ulang tahun perkahwinan dan sambutan” tulisnya
Melihat foto perkahwinan dan kapsyen ucapan ‘bersemut’ pelakon bollywood itu, ramai peminatnya menitipkan ucapan bagi meraikan juga ulang tahun perkahwinan pasangan bahagia tersebut.
Preity Zinta telah mendirikan rumahtangga bersama suaminya Gene Goodenough pada tahun 2016, dan dikurniakan sepasang anak kembar Jai Zinta Goodenough dan Gia Zinta Goodenough melalui kaedah ibu tumpang. – Agensi