Guru memainkan peranan yang juga amat penting dalam menentukan masa hadapan kita.
Peranan seorang guru-guru amat bermakna kerana merekalah yang membantu melahirkan warga Brunei yang mempunyai ilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab serta mempunyai daya saing dalam mencapai kesejahteraan diri serta menyumbang kepada pembangunan Negara Brunei Darussalam.
Bersempena dengan Sambutan Hari Guru ke-27 ini beberapa orang pelajar ingin mengungkapkan rasa terima kasih kepada guru-guru mereka.
“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada cikgu-cikgu saya sukai, iaitu Cikgu Rahimah, Cikgu Rozana dan Cikgu Yus, saya meminta maaf segala kelakuan dan perbuatan saya yanh mungkin cikgu tidak sukai” – Mohamad Faizairul Raimie Bin Dilawarkhan, SR Lambak Kanan Jalan 49.“Saya mengucap terima kasih cikgu kerana mengajar saya, cikgu Haryati mengajar Bahasa Melayu, Cikgu Suzie mengajar tarian dan Cikgu Khadijah.” – Awang Muhammad Aaron Farihin bin Sahrin, SR Lambak Kanan, Jalan 49.“Kepada cikgu saya, Cikgu Haryati, guru Kelas saya, terima kasih kerana mengajar saya dan menambahkan ilmu pengetahuan saya sentiasa sabar ketika mengajar saya, Selamat Hari Guru.” – Dayang Nur Waheeda binti Sambrin, SR Lambak Kanan, Jalan 49.“Selamat Hari Guru Kepada Cikgu Hartini dan semua guru-guru yang mengajar di Sekolah Menengah Masin, kerana mengajar saya, Terima kasih Cikgu.” – Awang Musa bin Yakub, Sekolah Menengah Masin.“Terima kasih kepada cikgu Yus yang mengajar saya Bahasa English, dengan memohon maaf kerana saya selalu bermain dan bercakap ketika cikgu mengajar di dalam bilik darjah.” – Awang Mohamad Ikhwan bin Mohamad Indra, SR Lambak Kanan, Jalan 49.“Selamat Hari Guru kepada guru-guru yang pernah mengajar saya, kepada Cikgu Rospita, Cikgu /Skip Sakinah dan Miss Aliyana, terima kasih kerana mengajar saya hingga berjaya dan saya doakan semoga cikgu-cikgu sentiasa sihat walafiat, amin” – Mudi Atika Hasnaa’ bte Haji Mudin @Khairunnisa Sekolah Menengah Masin.“Saya mengucapkan Selamat Hari Guru dan terima kasih kepada guru, Cikgu Haryati, Cikgu Aisah, Cikgu Azlin dan Cikgu Umi, saya sayang kepada guru-guru saya, Kita mesti menghormati guru kita kerana mereka mengajar dan memberikan ilmu pengetahuan kepada kita semua, saya memohon maaf kepada cikgu kerana saya kadang-kadang bercakap ketika cikgu mengajar dan kita belajar sambal bermain.” – Awang Muhammad Sufi Syahiran bin Haji Sabtu, SR Lambak Kanan Jalan 49.“Ucapan Selamat HAri Guru ini ditujukan kepada mantan guru-guru saya di Sekolah Chung Lian, Sungai Liang, SM Sufri Bolkiah, Pusat Tingkatan Enam Tutong, Miss Veronica, Teacher Raihan dan Sir Azmi dengan ucapan, di mana saya pada ketika ini tak lain semuanya itu berkat hasil daripada kerja keras mu guru. Doa ku akan selalu menyertaimu cikgu yang mengajar ku selama ini.” – Dayang Nurul Farhanah binti Alikhan (berdiri kanan), Tahun 1, Jurusan Sociology and Anthropology, UBD.“Selamat Hari Guru dan Terima kasih kepada mantan cikgu-cikgu kami yang mengajar di Sekolah Rendah Beribi Telanai, Cikgu Normah, Guru Besar Cikgu Nor Faridah dan Cikgu Hajah Haira, akhirnya segala penat lelah dan usaha cikgu-cikgu yang tidak mengira waktu berjaya membantu kami mencapai kecemerlangan, semoga Allah Taala akan membalas semua kebaikan yang telah cikgu berikan kepada kami.” – Awang Muhammad Izzat Irsyaduddin bin Abdul Kani dan Abdul Raziq bin Abdullah Abdul Rahman, Mantan Pelajar SR Beribi Telanai.