Uchida janji pulih semula keyakinan pelanggan

YOKOHAMA, 2 DIS – Bos baharu Nissan berjanji hari ini akan memulihkan semula keyakinan pelanggan dan memperkukuh gabungan firma dengan Renault dan Mitsubishi, tatkala firma yang dibelenggu krisis itu berusaha beralih daripada penahanan bekas ketua Carlos Ghson.

Dalam komen pertama sejak menerajui kepimpinan syarikat kereta itu, Makoto Uchida mengakui firma telah melaku kesilapan dalam budaya korporat dalaman dan menghadapi persekitaran kewangan yang ‘sukar.’

“Terdapat tiga perkataan yang membimbing saya, iaitu hormat, telus dan percaya,” kata Uchida, bos baharu syarikat yang dibelenggu skandal data palsu dan salah laku kewangan oleh Ghosn, yang menafi semua dakwaan.

“Saya mahu pekerja kami rasa bangga bahawa mereka bekerja untuk Nissan. Jika kami boleh melakukannya, kami akan memulih kepercayaan pelanggan kami,” kata ketua berusia 53 tahun itu.

Namun CEO baharu itu mempunyai tugas sukar untuk memulihkan Nissan dalam industri yang sedang bergelut dan menjalani penyusunan semula sekali dalam satu generasi. – AFP

Makoto Uchida menghadiri sidang akhbar di ibu pejabat syarikat di Yokohama kelmarin. – AFP