Uchida ketua baharu Nissan

TOKYO, 9 OKT – Ketua eksekutif baharu Nissan Makoto Uchida ialah orang dalam dengan prospek global, namun beliau menghadapi tugas sukar untuk membetulkan keadaan di firma pengeluar kereta Jepun daripada skandal Carlos Ghosn.

Uchida, 53, dinamakan semalam untuk mengganti Hiroto Saikawa, yang meletak jawatan pada September selepas terbabit dalam skim bayaran berlebihan.

Beliau akan disertai oleh ketua pegawai operasi kelahiran India yang baharu, Ashwani Gupta, yang memegang jawatan yang sama di Nissan Mitsubishi Motors.

Dan Jun Seki, ketua unit firma di China sekarang, akan memegang jawatan naib COO, dalam struktur baharu yang bertujuan mengelak sesiapa daripada menggabung kuasa dalam cara yang sama seperti Ghosn sebelum penahanan beliau atas dakwaan salah laku kewangan pada tahun lalu. – AFP