UCL, Liga Europa kembali minggu ini

PARIS, 3 OGOS – Selepas terpaksa di tangguhkan selama hampir lima bulan, Liga Juara-Juara dan Liga Europa akan disambung semula minggu ini bagi menghabiskan baki perlawanan dalam musim yang terganggu.

Kedua-dua kejohanan telah digantungkan pada bulan Mac ketika pandemik koronavirus yang melanda di seluruh benua itu, dan sementara badan pengurusan Bola Sepak Eropah telah bertindak pantas untuk memindahkan kejohanan Euro 2020 pada tahun hadapan, sejak sekian lama tidak jelas bagaimana ia berjaya melengkapkan dua kejohanan kelab terkenalnya.

Penyelesaiannya adalah dengan mengadakan dua pertandingan mini yang menyatukan semua pasukan di satu tempat dari suku akhir dan seterusnya semua perlawanan akan ditentukan dalam satu perlawanan tanpa kehadiran peminat.

Liga Juara-Juara akan berpindah ke Lisbon untuk ‘kelompok lapan terakhir’ bermula pada 12 Ogos dan berakhir di Benfica Estadio da Luz pada 23 Ogos.

“Saya percaya dari permulaannya,” kata presiden UEFA, Aleksander Ceferin baru-baru ini ketika ditanya sama ada dia merasa ragu untuk kemungkinan bermain sehingga tamat kejohanan.

“Kita mesti sentiasa merasa optimis, dan jika sesuatu seperti ini berulang lagi, kita mesti bersedia dengan Pelan B.” – AFP