Udara bertoksik berkurang, sekolah di India dibuka semula

NEW DELHI, 6 NOV – Sekolah dibuka semula hari ini di ibu negara India dengan paras udara toksik berkurangan lebih separuh sejak pihak berkuasa mengisytiharkan darurat kesihatan awam pada hujung minggu lalu.

Dengan angin kencang meniup bahan pencemar keluar dari bandar, indeks kualiti udara di kedutaan Amerika Syarikat (AS) di New Delhi mencecah 155 berbanding dengan 500 pada hujung minggu yang merupakan 10 kali lebih tinggi daripada yang dicadangkan WHO.

Pencemaran udara di New Delhi mencecah kemuncak pada 1 November disebabkan asbut daripada festival bunga api dan asap daripada pembakaran tunggul jerami di ladang pertanian.

Panel yang dilantik Mahkamah Agung mengharamkan sementara aktiviti pembinaan di kawasan New Delhi untuk mengawal abu dalam udara.

Pihak berkuasa juga melarang trak kargo daripada memasuki jalan bandar, mengehad jumlah kereta di jalan raya dan berusaha memadamkan api tunggul jerami dan mengarahkan pembina menutup tapak pembinaan untuk menghalang abu daripada menyelubungi kawasan itu.

Kujan Sahani, pekerja dari negeri timur Bihar, mengadu hidung dan matanya pedih dan dia rasa tidak sukar untuk bernafas.

Aktivis alam sekitar berkata banyak sungai di India menjadi lebih kotor tatkala ekonomi negara berkembang, dengan kumbahan bandar, racun perosak perladangan dan bahan buangan industri mengalir ke jalan air meskipun undang-undang mengharamkan pencemaran. – AP

Seorang pekerja perbandaran Delhi menyembur air pada pokok di tepi jalan dalam usaha untuk mengawal pencemaran udara di New Delhi kelmarin. – AFP