UEFA beri peluang liga tamatkan musim ini

PARIS, 24 APRIL – UEFA kelmarin telah memberikan peluang untuk liga bagi menamatkan musim mereka dengan lebih awal semasa pandemik koronavirus tetapi berkata bahawa kelayakan bagi Liga Juara-juara yang seterusnya mesti ‘berdasarkan merit sukan’.

Pengumuman tersebut dibuat oleh badan pengurusan bola sepak Eropah selepas perjumpaan menerusi konferensi video di antara komiti eksekutifnya dan beberapa buah negara sedang menunggu kebenaran untuk menghabiskan musim mereka berikutan dengan arahan perintah berkurung akibat virus.

Dalam kenyataan, UEFA berkata menghabiskan musim ini dengan format asal menjadi ‘senario yang ideal, jika situasi pandemik mengizinkan’. Jika tidak, liga diseru untuk mencari jalan untuk memulakan musim ‘dengan format yang berbeza’, yang bermakna play-off diperkenalkan dalam beberapa kes.

“Jika kejohanan domestik ditamatkan sebelum waktunya atas sebab yang munasabah, maka UEFA akan memerlukan (liga) untuk memilih kelab-kelab bagi kejohanan kelab UEFA 2020/2021, menurut merit sukan’ dalam musim semasa.

Ini tampaknya akan secara pasti menolak kemungkinan musim dibatalkan sama sekali. Sebaliknya, persatuan kebangsaan dibiarkan dengan pilihan untuk melakukan percubaan semula, atau, jika perlu, membuat keputusan untuk menghentikan musim mereka dengan kedudukan semasa dianggap sebagai muktamad dan kedudukan Liga Juara-Juara dan Liga Europa akan ditetapkan serta-merta.

“Sebab-sebab munasabah’ yang digariskan oleh UEFA untuk menghabiskan musim sekarang termasuk liga yang tidak dibenarkan dari berbuat demikian oleh kerajaan ‘sebelum tarikh yang memungkinkan untuk menyelesaikan musim ini pada waktunya’. Awal minggu ini, Persatuan Bolasepak Belanda (KNVB) mengumumkan hasrat mereka untuk menamatkan musim mereka berikutan tindakan kerajaan untuk melanjutkan penggantungan perkumpulan beramai-ramai sehingga bulan September kerana pandemik, yang telah menyebabkan lebih dari 11,000 kematian di seluruh Eropah. – AFP

UEFA telah memberikan peluang untuk liga bagi menamatkan musim mereka dengan lebih awal tetapi kelayakan bagi Liga Juara-Juara yang seterusnya mesti ‘berdasarkan merit sukan’. – AFP