UEFA buat perjumpaan pada 23 April

PARIS, 17 APRIL UEFA akan mengadakan perjumpaan Komiti Eksekutif melalui konferensi video minggu hadapan, 23 April, badan pengurusan bola sepak Eropah mengesahkan, dengan mereka terus mencari jalan untuk menyambung semula musim ini di tengah-tengah krisis koronavirus.

Sebelum itu, ketua-ketua bagi 55 orang ahli persatuan akan berbincang pada hari Selasa untuk melihat perkembangan di seluruh kejohanan domestik dan rantau. UEFA turut akan mengadakan perjumpaan dengan kuasa besar Persatuan Kelab Eropah (ECA) dan kumpulan Liga Eropah pada Rabu.

Perjumpaan mungkin memberi pengesahan penundaan Kejohanan Eropah Wanita yang akan datang kepada masa setahun pada tahun 2020.

Kesemua liga utama di seluruh Eropah, termasuk Liga Juara-juara UEFA dan Liga Europa, telah dihentikan pada pertengahan bulan Mac dengan negara-negara di bawah perintah berkurung kerana pandemik. Satu-satunya negara yang masih meneruskan perlawanan adalah Belarus.

UEFA sejak itu terus merasa optimis mengenai prospek menghabiskan musim Eropah dan sedang berusaha mengenai kemungkinan bermain pada bulan Julai dan Ogos jika perlu.

Liga Bola sepak Jerman (DFL) turut akan mengadakan perjumpaan pada 23 April untuk membincangkan langkah seterusnya, dan berazam untuk menamatkan musim ini, dengan perlawanan diadakan dengan pintu tertutup, pada 30 Jun bagi memastikan kelabnya tidak mengalami kerugian pada pendapatan hak penyiaran TV. Kebanyakan pasukan telah mula menyambung sesi latihan dalam kumpulan yang kecil.

Belgium sebelum itu menyatakan keinginan untuk menamatkan musim dengan awal, tetapi UEFA menjawab kepada pengumuman mereka dengan memberi amaran bahawa risiko kelab dikeluarkan dari kejohanan Eropah pada musim hadapan jika liga mereka memutuskan untuk menamatkan kempen mereka.

Kelmarin, Scotland mengumumkan menamatkan musim bagi tiga liga bawah Premiership, dengan pendahulu liga diumumkan sebagai juara.

Resolusi turut membenarkan dewan berkuasa SPFL untuk membuat keputusan Premiership seperti sedia ada – Celtic berada di atas liga – jika ia merasakan baki perlawanan tidak boleh diteruskan, tetapi mereka akan menunggu garis panduan dari UEFA. – AFP

UEFA akan mengadakan perjumpaan Komiti Eksekutif melalui konferensi video minggu hadapan, untuk mencari jalan bagi menyambung semula musim ini di tengah-tengah krisis koronavirus. – AP