Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    UEFA siasat insiden serang bilik pengadil

    LAUSANNE, 11 MAC – Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) akan membuka kertas siasatan tatatertib terhadap Presiden Paris Saint Germain (PSG), Nasser Al-Khelaifi dan pengarah sukan Leonardo selepas tindakan mereka menyerang bilik pengadil apabila kelab berkenaan tersingkir dalam saingan Liga Juara-Juara.

    Prosedur itu berdasarkan peraturan UEFA yang membabitkan ‘prinsip am kelakuan’ serta ‘salah tingkah laku pemain dan pegawai’, kata seorang jurucakap kepada AFP.

    PSG melepaskan peluang mendahului 2-0 semalam sebelum tumpas dengan agregat 3-2 di Santiago Bernabeu, di mana hatrik menakjubkan Karim Benzema pada separuh masa kedua menyebabkan kelab milik Qatar itu terkeluar dalam pusingan 16 terakhir.

    Sumber mengesahkan Al Khelaifi dan Leonardo bergegas turun dari ruang tempat duduk mereka selepas wisel penamat dan Leonardo menghentak pintu bilik persalinan pengadil.

    Mereka dipercayai tidak berpuas hati dengan gol pertama Benzema, apabila penjaga gol PSG Gianluigi Donnarumma tidak diberikan sepakan percuma, walaupun diasak oleh penyerang Real itu.

    Jurulatih PSG, Mauricio Pochettino berkata dalam sidang media selepas perlawanan bahawa ia adalah ‘kesalahan yang jelas’ dan menyebabkan pemain merasakan ‘tidak diberikan keadilan sewajarnya’.

    Menurut akhbar Madrid, Marca, Al-Khelaifi malah menyerbu masuk ke bilik yang salah dan dibiarkan berdepan dengan delegasi perlawanan Real Madrid, Megia Davila. – AFP

    Gambar fail menunjukkan presiden Paris Saint-Germain Nasser Al-Khelaifi (kanan) memerhati bersebelahan ketua jurulatih PSG Mauricio Pochettino (kiri) dan pengarah sukan Brazil Leornardo (tengah) semasa sesi latihan di pusat Camp des Loges di Saint-Germain-en-Laye. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...