UEFA tangguh tindakan undang-undang kelab sertai ESL

PARIS, 10 JUN – Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) menangguhkan tindakan undang-undang terhadap Real Madrid, Juventus dan Barcelona selepas cubaan mereka yang berperanan untuk melancarkan Liga Super Eropah (ESL).

“Badan Rayuan UEFA membuat keputusan untuk menangguhkan tindakan undang-undang sehingga diberitahu kelak,” kata UEFA tanpa menjelaskan alasannya.

Real, Juventus dan Barca tetap dengan pendirian mereka tatkala sembilan daripada 12 pasukan mengundur diri dan membuat perjanjian dengan UEFA bulan lalu. Enam pasukan dari England yang terbabit membayar kepada Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan jumlah £22 juta (AS$31 juta).

Arsenal, Chelsea, Liverpool, Manchester City, Manchester United dan Tottenham mengumumkan bahawa mereka adalah di antara ahli pengasas kejohanan itu April lalu namun projek berkenaan hancur selepas mendapat tentangan meluas.

Mereka menyertai Atletico Madrid, Inter Milan dan AC Milan bersetuju membayar lima peratus daripada dana yang diberikan bagi pertandingan UEFA untuk semusim dan bergabung membayar sebanyak €15 juta (AS$18 juta) sebagai sumbangan menyokong projek akar umbi serta belia bola sepak Eropah. – AFP