UEFA tentukan tarikh baharu Euro wanita

PARIS, 23 APRIL – Kejohanan Eropah wanita seterusnya di England telah ditetapkan kembali pada tahun 2022, UEFA telah mengesahkannya hari ini, selepas sebelum ini ditunda kerana krisis koronavirus.

Badan pengurusan bola sepak Eropah mengesahkan bahawa kejohanan akan bermula pada 6 hingga 31 Julai 2022, selepas perjumpaan dengan komiti eksekutifnya.

Kejohanan telah ditetapkan kembali selepas keputusan awal untuk menunda kejohanan Eropah lelaki dalam tempoh setahun kepada 2021 disebabkan oleh pandemik, dan keinginan untuk mengelak bertembung dengan dua kejohanan lain.

“Kami terpaksa membuat keputusan segera berkenaan dengan penundaan UEFA Euro 2020, kami sentiasa mempunyai impak terhadap UEFA Euro wanita 2021 di fikiran kami,” kata presiden UEFA Aleksander Ceferin.

“Kami dengan teliti memilih pilihan kami, dengan komitmen kami untuk membangunkan bola sepak wanita menjadi perkara utama dalam pertimbangan kami.”

Mengenai kebimbangan bahawa kejohanan wanita dapat dianggap sebagai tidak penting, Caferin menambah bahawa memindahkannya ke tahun 2022 telah memastikan bahawa Euro wanita akan diberikan ‘perhatian yang wajar’. – AFP